Monday 28 September 2015

BISKUT GERMAN @ DEUTSHE KEKSE




BAHAN-BAHANNYA
  1. 125 gram mentega berkualiti tinggi (mat guna Golden Churn juga) (fara pakai Anchor)
  2. 125 gram tepung kentang (boleh beli kat kedai baking)
  3. 80 gram tepung halus (mat guna tepung gandum) (tepung ni aku lebihkan tapi aku main campak jer, yg penting adunan xlembik sgt xmelekat2 kat tgn)
  4. 40 gram gula aising, diayak (aku kurangkan 10gram)
  5. Secubit garam (resepi asal tak letak)

CARA MEMBUATNYA

  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....

Thursday 10 September 2015

KEK KARAMEL COKLAT MOIST

  1. Panaskan oven pada suhu 170 C
  2. Sediakan loyang besar yang berisi air  panas ~ kerana proses membuat kek ni menggunakan kaedah bain marie 
  3. Masukkan loyang yang besar dalam oven
  4. Kemudian sediakan loyang bulat ukuran 8 inc 
 
GULA HANGUS
Untuk membuat gula hangus ada dua kaedah

1. Kita letakkan 2 sudu besar gula dalam loyang dan panaskan atas dapur dengan api sedehana hingga gula larut dan keperangan

atau 

2. Letakkan 2 sudu besar gula dalam loyang dan masukkan dalam oven pada suhu 170C dan bakar anggaran masa 15 ~ 20 minit sehingga gula keperangan



KARAMEL

1/2 tin susu cair
50gm gula castor
1/2 sudu teh esen vanila
3 kuning telur
  1. Dalam mangkuk, satukan susu, gula dan esen kacau rata hingga gula larut
  2. Masukkan kuning telur dan kacau perlahan-lahan sahaja hingga ia sebati.
  3. Jangan kacau kuat kerana jika  ia berbuih tekstur puding tidak halus.
  4. Tuangkan adunan karamel ini dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Masukkan dalam loyang besar yang berisi air dalam oven tadi dan bakar pada suhu 170C selama 15 minit atau karamel keras sedikit
  6. Sememtara menunggu karamel kita masak, sediakan kek