Sunday 9 October 2016

JENIS-JENIS TEPUNG & KEGUNAANNYA



TEPUNG SERBAGUNA (ALL PUPOSE FLOUR)
  • Sesuai untuk sebarang jenis masakan. Secara lazimnya, kita menggunakan tepung gandum (biasa) kerana lebih mudah didapati.  Tepung ini banyak di pasaran dan harganya lebih rendah.  Mempunyai kandungan protein yang sederhana dan sesuai  untuk semua jenis kuih-muih, pau, kek dan biskut.  Tepung jenis ini perlu ditambah dengan serbuk penaik dan diayak 2 @ 3 kali jika ingin membuat kek atau pau.
  • Kegunaan :- semua jenis kuih muih-muih, pau, kek dan biskut
  • Contoh tepung :- cap wau, cap kunci & cap sauh


TEPUNG BERPROTEIN TINGGI  (TEPUNG ROTI)
  • Untuk membuat roti kerana daya menganjalnya agak tinggi, jadi lebih sempurna setelah diadun dengan yis.  Dikenali juga sebagai tepung roti kerana kandungan proteinnya yang tinggi.  Gluten di dalam tepung memberikan kekenyallan (elastic) pada roti apabila di uli.
  • Kegunaan :- produk-produk pastry seperti roti, bun dan donut
  • Contoh tepung :- Blue Key, MFM dan lain-lain


TEPUNG BERPROTEIN RENDAH (TEPUNG KEK / SUPERFINE)
  • Adalah lebih sesuai untuk dibuat kuih pau dan seumpamanya. Tepung jenis ini mempunyai protein yang rendah, lebih ringan dan tidak memberi kekenyalan pada kea tau pastry.
  • Kegunaan :- produk-produk pastry seperti kek, kulit tart dan pai


TEPUNG NAIK SENDIRI  (SELF RAISING FLOUR)
  • Tepung yang telah dicampur kandungan serbuk penaik serta sedikit soda penaik (baking powder / soda bicarbonate). Tepung jenis ini banyak dijual di pasaraya. Namun jika tiada, ayak 250 gm tepung gandum dengan 1 sudu makan (rata) serbuk penaik. Hasilnya tetap sama.